Pages

`

Makanan

Antara Makanan/Kuih Yang Boleh Didapati di Terengganu...



Keropok Lekor



Keropok lekor merupakan makanan tradisional masyarakat Pank i Timur khususnya Terengganu. Keropok lekor di perbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu serta sedikit garam. Terdapat juga keropok lekor yang dibuat daripada tepung kanji. Kesemua ramuan tersebut akan diuli dan digentel seperti panjang bertali, sebelum direbus dalam air yang panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan yang berprotien tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun sekiranya hendak di simpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah di balut dengan plastic dan diletakkan di tempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak di makan ianya perlu dibasuh, dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam.



Kuih Tepung Gomok



Tepung Gomok atau juga dikenali sebagai buah gomok, atau gomak merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan berbentuk bulat dengan inti kelapa manis. Di bahagian luar tepung gomok dilumur dengan tepung pulut/ tepung kacang hijau untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri. Kuih tepung gomok kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis.



Kuih Tahi Itik



kuih Tahi Itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.



Kuih Nekbat




kuih Nekbat merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa.

Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bauhulu tetapi tawar dan lebih keras. Kemudian ia akan dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan.



Kuih Akok




Kuih Akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih akok biasanya dibuat berbentuk bujur, berkedut dan mempunyai rasa yang agak manis.
Kuih akok agak melekit dan dimakan begitu sahaja tanpa tambahan kuah atau bahan lain. Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat dan semakin banyak putih telur diguna, lebih sedap, dan menghasilkan lebih banyak kedut.



Nasi Dagang




Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna merah kerana menggunakan campuran pulut hitam.



Nasi Kerabu




Dulu ,Terengganu dan Kelantan memang terkenal dengan nasi kerabu ,tetapi sekarang kesemau negeri sudah terkenal dengan keenakan nasi kerabu dan sudah tersebar di seluruh Malaysia .



Ikan Singgang Terengganu



Selalunya orang Terengganu memang suka makan ikan singgang bersama budu,dan ulam-ulaman.






1 comment:

  1. cara ini membolehkan saya dapat mengetahui makanan2 yang terkenal di terengganu.Syabas diatas usaha anda kerana mengetengahkan makanan tradisi terengganu...

    ReplyDelete