Pages

`

Friday, March 11, 2011

WORLD POEMS

Wednesday, July 7, 2010





☻PENGENALAN☺


Lagu Daerah Kita Nyanyikan,
Saba, Rodat, Ulik Mayang Penyeri Acara,
Negeri Terengganu Destinasi Pelancongan,
Sedia Menyambut Pelancong Dalam & Luar Negara


Terengganu Ku Catik Menawan,
Pulau-pulau Menjadi Tarikan,
Terkenal Dengan Barangan Tembaga, Songket, Batik Serta Kraftangan,
Hidangan Lazat Tentunya Nasi Dagang.


Ke K.T Dipersilakan,
Mari Kita Mulakan Lawatan,
Bas Bandar Kami Sediakan,
Lets Go! Kita Pusing Jalan-jalan.

Pasar Kedai Payang Semua Dah Tahu,
Pelbagai Barangan Ada Di Situ,
Tembaga, Kraftangan, Kain & Baju,

Kuih Muih, Pilih Saja Apa Yang Mahu.


Lihatlah Pula Orang Buat Batik,
Corak-coraknya Memanglah Cantik,
Ke Pulau Duyung Pembuatan Botnya Unik,
Ke Seluruh Dunia Sudah Tercatit.

Taman Tamadun Islam Di Pulau Wan Man,
Masjid Kristal Megah Menawan,
Kalau Nak Tengok Masjid Bersejarah Dunia,
Di sini Replikanya Semua Ada Dibina.


Muzium Terbesar Di Asia Tenggara,
Terhimpun Beberapa Galeri Disana,
Kampung Losong Tidak Dilupa,
Keropok Lekor Marilah Rasa.

Pantai & Pulau Tarik Perhatian,
Duduk Berehat Hati Tenteram,
Lihatlah Ikan & Batu Karang,
Dikawal Rapi Untuk Warisan.


Alam Semulajadi Tinggalan Warisan,
Khazanah Laut Dan Juga Darat,
Kepada tuhan Alhamdulillah Penuh Kesyukuran,
Terengganu Aman, Raja Berdaulat.

Sunday, June 13, 2010

Antara Keistimewaan Yang Ada Di Negeri Terengganu


Muzium Terengganu



Diakui menjadi muzium terbesar di Asia Tenggara, Muzium Terengganu menjagi kompleks artifak abad ke-dua dan karya seni yang mewakili budaya negara kaya dan warisan.


Taman Tamadun Islam




Ini adalah taman replika tamadun Islam pertama di dunia, dengan 21 replika masjid yang terkenal dan monumen Islam yang kaya dengan kehalusan seni dan arsitektur Islam. Di antara replika adalah Kubah Batu Jurusalem, Taj Mahal dari India, Masjid Agung Samarra di Iraq, Masjidil Haram, Makkah, Benteng Aleppo di Syria dan Masjid Alhambra dari Sepanyol.


Pembuat Bot



Tukang perahu tradisional Terengganu terkenal kerana kepakaran mereka yang luar biasa, teknik dan penggunaan bahan yang tahan lama. Mereka menghafal setiap keperincian yang rumit dari proses pembuatan perahu yang menggabungkan teknik-teknik moden dengan konsep tradisional dan terus menjadi sebahagian daripada warisan Terengganu.