Pages

`

Wednesday, July 7, 2010





☻PENGENALAN☺


Lagu Daerah Kita Nyanyikan,
Saba, Rodat, Ulik Mayang Penyeri Acara,
Negeri Terengganu Destinasi Pelancongan,
Sedia Menyambut Pelancong Dalam & Luar Negara


Terengganu Ku Catik Menawan,
Pulau-pulau Menjadi Tarikan,
Terkenal Dengan Barangan Tembaga, Songket, Batik Serta Kraftangan,
Hidangan Lazat Tentunya Nasi Dagang.


Ke K.T Dipersilakan,
Mari Kita Mulakan Lawatan,
Bas Bandar Kami Sediakan,
Lets Go! Kita Pusing Jalan-jalan.

Pasar Kedai Payang Semua Dah Tahu,
Pelbagai Barangan Ada Di Situ,
Tembaga, Kraftangan, Kain & Baju,

Kuih Muih, Pilih Saja Apa Yang Mahu.


Lihatlah Pula Orang Buat Batik,
Corak-coraknya Memanglah Cantik,
Ke Pulau Duyung Pembuatan Botnya Unik,
Ke Seluruh Dunia Sudah Tercatit.

Taman Tamadun Islam Di Pulau Wan Man,
Masjid Kristal Megah Menawan,
Kalau Nak Tengok Masjid Bersejarah Dunia,
Di sini Replikanya Semua Ada Dibina.


Muzium Terbesar Di Asia Tenggara,
Terhimpun Beberapa Galeri Disana,
Kampung Losong Tidak Dilupa,
Keropok Lekor Marilah Rasa.

Pantai & Pulau Tarik Perhatian,
Duduk Berehat Hati Tenteram,
Lihatlah Ikan & Batu Karang,
Dikawal Rapi Untuk Warisan.


Alam Semulajadi Tinggalan Warisan,
Khazanah Laut Dan Juga Darat,
Kepada tuhan Alhamdulillah Penuh Kesyukuran,
Terengganu Aman, Raja Berdaulat.

4 comments:

  1. satu pantun satu tempat lagi bagus...
    letak gmbar lg bagus...
    ia memaparkan tempat tersebut secara jelas dan terperinci..

    ReplyDelete
  2. Anonymous : mmang hajat nk bt macam tu tpi dlm satu pantun tu ade 1/2/3 lokasi.. jdi di himpun kn di sini bg mnimbulkan keingin tahuan para pembaca & search sdiri dlm blog ini.. (haduh)

    ReplyDelete
  3. Blog cantik dan Tahniah .. Banyakkan lagi maklumat bro ...

    ReplyDelete